Apabila kalian pergi bermusafir, maka lantiklah seseorang yang paling bagus (bacaan) al-Qur'an

TEKS BAHASA ARAB

إذا سافرتم فليؤمكم أقرؤكم، وإن كان أصغركم، وإذا أمكم فهو أميركم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kalian pergi bermusafir, maka lantiklah seseorang yang paling bagus (bacaan) al-Qur’an sebagai imam kalian sekalipun dia paling muda dalam kalangan kalian. Apabila dia mengimami kalian, maka dialah ketua kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 985, hadis nombor 5077. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا ‌سافرتم فليؤمكم أقرؤكم، وإن كان أصغركم، وإذا أمكم فهو أميركم)). [البزار، ((الضعيفة)) (2623)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila kalian pergi bermusafir, maka lantiklah seseorang yang paling bagus (bacaan) al-Qur’an sebagai imam kalian sekalipun dia paling muda dalam kalangan kalian. Apabila dia mengimami kalian, maka dialah ketua kalian)). [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2623]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs