Apabila kalian menunaikan solat fardu, maka ucapkanlah seusai setiap solat sebanyak sepuluh kali

TEKS BAHASA ARAB

إذا صليتم الفرض فقولوا عقب كل صلاة عشر مرات: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير؛ يكتب له من الأجر كأنما أعتق رقبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kalian menunaikan solat fardu, maka ucapkanlah seusai setiap solat sebanyak sepuluh kali: ‘Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah satu-satu-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan dan milik-Nya jugalah segala pujian. Dia berkuasa atas setiap sesuatu’. Maka, akan ditulis baginya pahala seolah-olah dia telah membebaskan seorang hamba.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1450, hadis nombor 7376. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن البراء بن عازب -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا صليتم الفرض فقولوا عقب كل صلاة عشر مرات: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير؛ يكتب له من الأجر كأنما أعتق رقبة)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3276)].

(Munkar)
Daripada al-Barā’ bin ‘Āzib RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila kalian menunaikan solat fardu, maka ucapkanlah seusai setiap solat sebanyak sepuluh kali: ‘Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah satu-satu-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan dan milik-Nya jugalah segala pujian. Dia berkuasa atas setiap sesuatu’. Maka, akan ditulis baginya pahala seolah-olah dia telah membebaskan seorang hamba.
[Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3276].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs