Apabila kalian mendengar tukang azan melaungkan azan

TEKS BAHASA ARAB

إذا سمعتم المؤذن أذن فقولوا: اللهم افتح أقفال قلوبنا لذكرك، وأتمم علينا نعمتك وفضلك، واجعلنا عليها من عبادك الصالحين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kalian mendengar tukang azan melaungkan azan, maka ucapkanlah: Ya Allah! Bukakanlah ibu kunci hati kami untuk mengingati-Mu, sempurnakanlah bagi kami nikmat dan kurniaan-Mu dan jadikanlah kami atas nikmat tersebut dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1437, hadis nombor 7303. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: إذا سمعتم المؤذن أذن فقولوا: اللهم افتح أقفال قلوبنا لذكرك، وأتمم علينا نعمتك وفضلك، واجعلنا عليها من عبادك الصالحين.
[ابن حبان في ((الثقات))، ابن السني، فر، ((الضعيفة)) (2570)].

(Lemah)
Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kalian mendengar tukang azan melaungkan azan, maka ucapkanlah: Ya Allah! Bukakanlah ibu kunci hati kami untuk mengingati-Mu, sempurnakanlah bagi kami nikmat dan kurniaan-Mu dan jadikanlah kami atas nikmat tersebut dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh.
[Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Thiqāt, Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah, al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2570].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs