Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا سَمِعْتُمُ المؤذِّنَ أذَّنَ فقولوا: اللَّهمَّ افتح أقفالَ قلوبِنا لذِكْرِكَ، وأتمِمْ علَينا نِعمتَكَ وفَضلِكَ، واجعَلنا عليها مِن عبادِكَ الصَّالحينَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kalian mendengar tukang azan melaungkan azan, maka ucapkanlah: Ya Allah! Bukakanlah ibu kunci hati kami untuk mengingati-Mu, sempurnakanlah bagi kami nikmat dan kurniaan-Mu dan jadikanlah kami atas nikmat tersebut dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1437, hadis no. 7303. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: إذا سمعتم المؤذن أذن فقولوا: اللهم افتح أقفال قلوبنا لذكرك، وأتمم علينا نعمتك وفضلك، واجعلنا عليها من عبادك الصالحين. [ابن حبان في ((الثقات))، ابن السني، فر، ((الضعيفة)) (2570)].
(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kalian mendengar tukang azan melaungkan azan, maka ucapkanlah: Ya Allah! Bukakanlah ibu kunci hati kami untuk mengingati-Mu, sempurnakanlah bagi kami nikmat dan kurniaan-Mu dan jadikanlah kami atas nikmat tersebut dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Thiqāt, Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah, al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2570].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman