Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila kalian mendengar bunyi guruh, maka berzikirlah kepada Allah SWT

Teks Bahasa Arab

إذا سَمِعْتُمُ الرَّعدَ فاذكُروا اللَّهَ، فإنَّهُ لا يُصيبُ ذاكرًا.

Teks Bahasa Melayu

Apabila kalian mendengar bunyi guruh, maka berzikirlah (ingatlah) kepada Allah SWT kerana sesungguhnya ia tidak akan mengenai orang yang berzikir.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1437, hadis no. 7302. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إذا سمعتم الرعد فاذكروا الله فإنه لا يصيب ذاكرا. [طب، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (2568)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kalian mendengar bunyi guruh, maka berzikirlah (ingatlah) kepada Allah SWT kerana sesungguhnya ia tidak akan mengenai orang yang berzikir. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Wāḥidī dalam al-Wasīṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2568]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.