TEKS BAHASA ARAB
إذا شرب أحدكم فليمص مصا ولا يعب عبا، فإن الكباد من العب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kalian meminum air, maka minumlah dengan menghisap dan janganlah meneguk, kerana al-Kubad (penyakit organ hati) itu adalah berpunca daripada meneguk.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 397, hadis nombor 2120. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن أبي حسين، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا شرب أحدكم فليمص مصا ولا يعب عبا، فإن الكباد من العب». [أبو نعيم في «الطب»، «الضعيفة» (2571)].
(Lemah) Daripada Ibn Abi Husayn, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Apabila kalian meminum air, maka minumlah dengan menghisap dan janganlah meneguk, kerana al-Kubad (penyakit organ hati) itu adalah berpunca daripada meneguk". [Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2571].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.