Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا شَرِبَ أَحَدُكم فَلْيَمُصَّ مَصًّا ولا يَعُبَّ عَبًّا، فإنَّ الكُبَادَ من العَبِّ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kalian meminum air, maka minumlah dengan menghisap dan janganlah meneguk, kerana al-Kubad (penyakit organ hati) itu adalah berpunca daripada meneguk.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 397, hadis no. 2120. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن أبي حسين، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا شرب أحدكم فليمص مصا ولا يعب عبا، فإن الكباد من العب». [أبو نعيم في «الطب»، «الضعيفة» (2571)].
(Lemah) Daripada Ibn Abi Husayn, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Apabila kalian meminum air, maka minumlah dengan menghisap dan janganlah meneguk, kerana al-Kubad (penyakit organ hati) itu adalah berpunca daripada meneguk". [Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2571].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman