Apabila kalian melintasi taman-taman syurga, maka petiklah

TEKS BAHASA ARAB

إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا، قلت: يا رسول الله! وما رياض الجنة؟ قال: المساجد، قلت: وما الرتع يا رسول الله؟ قال: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kalian melintasi taman-taman syurga, maka petiklah. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu taman-taman syurga?. Baginda bersabda: Masjid-masjid. Aku bertanya lagi: Dan apa pula maksud memetik itu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: (Ucapan) Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Allah Maha Besar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1438, hadis nombor 7312. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا، قلت: يا رسول الله! وما رياض الجنة؟ قال: المساجد، قلت: وما الرتع يا رسول الله؟ قال: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر.
[ت، ((الضعيفة)) (2710)].

(Lemah)
Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila kalian melintasi taman-taman syurga, maka petiklah. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu taman-taman syurga?. Baginda bersabda: Masjid-masjid. Aku bertanya lagi: Dan apa pula maksud memetik itu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: (Ucapan) Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Allah Maha Besar.
[Riwayat al-Tirmidhī dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2710].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs