Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا مرَرْتُم برياضِ الجنةِ فارتَعوا، قلتُ: يا رسولَ اللهِ! وما رياضُ الجنةِ؟ قال: المساجدُ، قلتُ: وما الرَّتعُ يا رسولَ اللهِ؟ قال: سبحانَ اللهِ، والحمدُ للهِ، ولا إله إلا اللهُ، واللهُ أكبرُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kalian melintasi taman-taman syurga, maka petiklah. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu taman-taman syurga?. Baginda bersabda: Masjid-masjid. Aku bertanya lagi: Dan apa pula maksud memetik itu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: (Ucapan) Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Allah Maha Besar.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1438, hadis no. 7312. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا، قلت: يا رسول الله! وما رياض الجنة؟ قال: المساجد، قلت: وما الرتع يا رسول الله؟ قال: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر. [ت، ((الضعيفة)) (2710)].
(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila kalian melintasi taman-taman syurga, maka petiklah. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu taman-taman syurga?. Baginda bersabda: Masjid-masjid. Aku bertanya lagi: Dan apa pula maksud memetik itu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: (Ucapan) Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Allah Maha Besar. [Riwayat al-Tirmidhī dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2710].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman