Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رأيتُم أمرًا لا تستَطيعونَ تغييرَه؛ فاصبِروا حتَّى يكونَ اللهُ الَّذي يُغيِّرُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kalian melihat sesuatu yang kalian tidak mampu ubah, maka bersabarlah sehingga Allah mengubahnya.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 831, hadis no. 4267. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا رأيتم أمرا لا تستطيعون تغييره؛ فاصبروا حتى يكون الله الذي يغيره)). [عد، هب، ((الضعيفة)) (2527)]
(Sangat Lemah) Daripada Abū Umāmah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kalian melihat sesuatu yang kalian tidak mampu ubah, maka bersabarlah sehingga Allah mengubahnya. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Baihaqī dalam Syu’ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2527]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman