Apabila kalian melihat seseorang lelaki yang kekuningan wajah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيتم الرجل أصفر الوجه من غير مرض ولا عبادة فذاك من غشّ الإسلام في قلبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kalian melihat seseorang lelaki yang kekuningan wajah bukan kerana sakit mahupun ibadah, maka hal demikian kerana pengkhianatan (terhadap) Islam dalam jantung hatinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1185, hadis nombor 6010. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا رأيتم الرجل أصفر الوجه من غير مرض ولا علة فذاك من غشّ الإسلام في قلبه)). [أبو نعيم في ((كتاب الطب))، ((الضعيفة)) (6576)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila kalian melihat seseorang lelaki yang kekuningan wajah bukan kerana sakit mahupun ibadah, maka hal demikian kerana pengkhianatan (terhadap) Islam dalam jantung hatinya. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6576]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.