Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا رَأَيتُمُ الرَجلَ أَصفَرَ الوَجهِ من غَيرِ مَرَضٍ وَلَا عِبادةٍ فَذَاكَ من غِشِّ الإِسلَامِ فِي قَلبِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kalian melihat seseorang lelaki yang kekuningan wajah bukan kerana sakit mahupun ibadah, maka hal demikian kerana pengkhianatan (terhadap) Islam dalam jantung hatinya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1185, hadis no. 6010. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا رأيتم الرجل أصفر الوجه من غير مرض ولا علة فذاك من غشّ الإسلام في قلبه)). [أبو نعيم في ((كتاب الطب))، ((الضعيفة)) (6576)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila kalian melihat seseorang lelaki yang kekuningan wajah bukan kerana sakit mahupun ibadah, maka hal demikian kerana pengkhianatan (terhadap) Islam dalam jantung hatinya. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6576]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman