Apabila kalian melihat para wanita yang di atas kepala-kepala mereka ada seumpama bonggolan unta

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيتم اللاتي على رؤوسهن مثل أسنمة البعر، فأعلموهن أنه ليس لهن صلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kalian melihat para wanita yang di atas kepala-kepala mereka ada seumpama bonggolan unta, maka beritahulah kepada mereka bahawa tidak ada solat untuk mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 364, hadis nombor 1944. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي شقرة، قال: قال ﷺ: «إذا رأيتم اللاتي على رءوسهن مثل أسنمة البعر، فأعلموهن أنه ليس لهن صلاة». [البزار، طب، أبو نعيم في «معرفة الصحابة» «الضعيفة» (6987)].

(Munkar) Daripada Abu Syaqrah, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Apabila kalian melihat para wanita yang di atas kepala-kepala mereka ada seumpama bonggolan unta, maka beritahulah kepada mereka bahawa tidak ada solat untuk mereka". [Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Abu Nu‘aym dalam Ma‘rifah al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6987].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.