Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رأيتُمُ اللَّاتي علَى رؤوسِهِنَّ مِثلَ أسنِمةِ البُعُرِ، فأعلِموهنَّ أنَّهُ ليسَ لَهُنَّ صلاةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kalian melihat para wanita yang di atas kepala-kepala mereka ada seumpama bonggolan unta, maka beritahulah kepada mereka bahawa tidak ada solat untuk mereka.
Sahabat Perawi
- Abu Syaqrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 364, hadis no. 1944. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي شقرة، قال: قال ﷺ: «إذا رأيتم اللاتي على رءوسهن مثل أسنمة البعر، فأعلموهن أنه ليس لهن صلاة». [البزار، طب، أبو نعيم في «معرفة الصحابة» «الضعيفة» (6987)].
(Munkar) Daripada Abu Syaqrah, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Apabila kalian melihat para wanita yang di atas kepala-kepala mereka ada seumpama bonggolan unta, maka beritahulah kepada mereka bahawa tidak ada solat untuk mereka". [Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Abu Nu‘aym dalam Ma‘rifah al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6987].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman