Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila kalian makan, tanggalkanlah selipar kalian

Teks Bahasa Arab

إِذَا أَكَلْتُمْ فَاخْلَعُوا نِعَالَكُمْ، فَإِنَّهُ أَرْوَحُ لِأَقْدَامِكُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila kalian makan, tanggalkanlah selipar kalian, kerana sesungguhnya itu adalah lebih selesa untuk kaki kalian.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 388, hadis no. 2064. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: «إِذَا أَكَلْتُمْ فَاخْلَعُوا نِعَالَكُمْ، فَإِنَّهُ أَرْوَحُ لِأَقْدَامِكُمْ». [الدارمي، أبو سعيد الأشج في «حديثه»، ك، أبو القاسم الصفار في «الأربعين في شعب الإيمان»، «المنتقى منه» للضياء المقدسي، «والمنتخب منه» لأبي الفتح الجويني، فر، «الضعيفة» (980)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Apabila kalian makan, tanggalkanlah selipar kalian, kerana sesungguhnya itu adalah lebih selesa untuk kaki kalian". [Riwayat al-Darimi, Abu Sa‘id al-Ashaj dalam kitab hadisnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abu al-Qasim al-Saffar dalam al-Arba‘in fi Shu‘ab al-Iman dan al-Muntaqa Minhu oleh al-Diya’ al-Maqdisi dan al-Muntakhab Minhu oleh Abu al-Fath al-Juwayni dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 980].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.