Apabila kalian makan lobak namun kalian tidak mahu ada bau padanya, maka sebutlah daku pada gigitan pertama

TEKS BAHASA ARAB

إذا أكلتم الفجل، وأردتم أن لا يوجد له ريح، فاذكروني عند أول قضمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kalian makan lobak namun kalian tidak mahu ada bau padanya, maka sebutlah daku pada gigitan pertama.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 424-425, hadis nombor 2288. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا أكلتم الفجل، وأردتم أن لا يوجد له ريح، فاذكروني عند أول قضمة». [أبو القاسم الحنائي في «المنتقى من حديث أبي بكر الحنائي»، فر، «الضعيفة» (6386)].

(Batil) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Apabila kalian makan lobak namun kalian tidak mahu ada bau padanya, maka sebutlah daku pada gigitan pertama. [Riwayat Abu al-Qasim al-Hinna'i dalam al-Muntaqa min Hadith Abi Bakr al-Hinna'i dan al-Daylamī dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6386].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs