Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أكلتُم الفِجلَ، وأردتُم أن لا يوجدَ له ريحٌ؛ فاذكُروني عند أوَّلِ قَضمةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kalian makan lobak (radish) dan kalian ingin hilangkan baunya, maka ingatlah aku ketika suapan pertama.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1546, hadis no. 7847. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن عبد الله ابن مسعود -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((إذا أكلتم الفجل، وأردتم أن لا يوجد له ريح؛ فاذكروني عند أول قضمة.)) [الحنائي في ((المنتقى من حديث أبي بكر الحنائي))، فر، ((الضعيفة)) (6386]
(Batil) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ūd RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila kalian makan lobak (radish) dan kalian ingin hilangkan baunya, maka ingatlah aku ketika suapan pertama. [Riwayat al-Ḥinnāī dalam al-Muntaqā min Ḥadīth Abī Bakr al-Ḥinnāī, al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6386]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman