Apabila kalian keluar daripada rumah kalian pada waktu malam, hendaklah kalian menutup pintu-pintunya

TEKS BAHASA ARAB

إذا خرجتم من بيوتكم بالليل؛ فأغلقوا أبوابها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kalian keluar daripada rumah kalian pada waktu malam, hendaklah kalian menutup pintu-pintunya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 532, hadis nombor 2816. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن وحشي – رضي الله عنه – أن النبي ﷺ خرج لحاجته من الليل، فترك باب البيت مفتوحاً، ثم رجع، فوجد إبليس قائما في وسط البيت، فقال النبي ﷺ: «اخسأ يا خبيث! من بيتي». ثم قال رسول اللہ ﷺ: «إذا خرجتُم من بيوتكم بالليل؛ فأغلقوا أبوابها». [طب، «الضعيفة» (6351)].

(Munkar) Daripada Waḥshī RA, bahawa Nabi ﷺ keluar untuk menunaikan hajat Baginda ﷺ pada suatu malam, lalu baginda ﷺ meninggalkan pintu rumah terbuka. Kemudian baginda ﷺ kembali dan mendapati iblis sedang berdiri di tengah-tengah rumah. Maka Nabi ﷺ pun bersabda: “Berambus daripada rumahku wahai si jijik!”. Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila kalian keluar daripada rumah kalian pada waktu malam, hendaklah kalian menutup pintu-pintunya”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6351].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs