Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila kalian ingin mengetahui apa yang (ada) untuk seorang hamba di sisi Allah

Teks Bahasa Arab

إذا أحببتُمْ أن تعلَموا ما للعَبدِ عندَ اللهِ، فانظُروا ما يتبَعُهُ منَ الثَّناءِ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila kalian ingin mengetahui apa yang (ada) untuk seorang hamba di sisi Allah, maka lihatlah kepada apa yang menyusul kemudian daripada sanjungan.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1980, hadis no. 9907. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا أحببتم أن تعلموا ما للعبد عند الله، فانظروا ما يتبعه من الثناء)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1620)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Alī bin Abī Ṭālib RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kalian ingin mengetahui apa yang (ada) untuk seorang hamba di sisi Allah, maka lihatlah kepada apa yang menyusul kemudian daripada sanjungan. [Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1620]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.