Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila kalian duduk, tanggalkanlah selipar kalian

Teks Bahasa Arab

إِذَا جلَستُمْ فَاخلَعُوا نعالَكُم – أَحسبُهُ قَالَ : - تَستَرِحْ أقدَامُكُم.

Teks Bahasa Melayu

Apabila kalian duduk, tanggalkanlah selipar kalian, -aku (Anas) beranggapan- Baginda berkata. (dengan itu) kaki-kaki kalian dapat berehat.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1174, hadis no. 5936. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا جلستم فاخلعوا نعالكم - أحسبه قال:- تسترح أقدامكم)). [البزار، ((الضعيفة)) (2541)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas RA telah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: Apabila kalian duduk, tanggalkanlah selipar kalian, -aku (Anas) beranggapan- Baginda berkata. (dengan itu) kaki-kaki kalian dapat berehat.. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2541]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.