TEKS BAHASA ARAB
إذا تغولت الغيلان فنادوا بالأذان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila jin berubah bentuk (mengganggu), maka laungkanlah azan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 358, hadis nombor 1903. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما – مرفوعا: «إذا تغولت الغيلان فنادوا بالأذان». [ش، حم، ع، ابن السني، «الضعيفة» (1140)].
(Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Apabila jin berubah bentuk (mengganggu), maka laungkanlah azan". [Diriwayatkan oleh Ibn Abu Shaybah dalam Musannafnya, Ahmad dalam Musnadnya, Abu Ya‘la dalam Musnadnya, Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Laylah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1140].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.