Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا تغوَّلتِ الغيلانُ فنادوا بالأذانِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila jin berubah bentuk (mengganggu), maka laungkanlah azan.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 358, hadis no. 1903. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبد الله - رضي الله عنهما - مرفوعا: «إذا تغولت الغيلان فنادوا بالأذان». [ش، حم، ع، ابن السني، «الضعيفة» (1140)].
(Daif) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Apabila jin berubah bentuk (mengganggu), maka laungkanlah azan". [Diriwayatkan oleh Ibn Abu Shaybah dalam Musannafnya, Ahmad dalam Musnadnya, Abu Ya‘la dalam Musnadnya, Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Laylah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1140].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman