Apabila jantung hati seorang Mukmin itu gementar

TEKS BAHASA ARAB

إذا رجف قلب المؤمن في سبيل الله؛ تحاتت عنه خطاياه كما يتحات عذق النخلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila jantung hati seorang Mukmin itu gementar di jalan Allah, maka segala dosa-dosanya yang lalu telah dihapuskan sebagaimana gugurnya daun kurma.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2037 hadis nombor 10253. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن سلمان – رضي الله عنه – مرفوعا: إذا رجف قلب المؤمن في سبيل الله، تحا تت عنه خطاياه كما يتحات عذق النخلة.
[طب، طس، حل، ((الضعيفة)) (5145)]

(Palsu)
Daripada Salman RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila jantung hati seorang Mukmin itu gementar di jalan Allah, maka segala dosa-dosanya yang lalu telah dihapuskan sebagaimana gugurnya daun kurma.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Mu'jam al-Awsat, Abu Nua’im dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5145]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs