Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رجفَ قلبُ المؤمنِ في سبيلِ اللهِ؛ تحاتَّتْ عنهُ خطاياهُ كما يتحاتُّ عذقُ النخلةِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila jantung hati seorang Mukmin itu gementar di jalan Allah, maka segala dosa-dosanya yang lalu telah dihapuskan sebagaimana gugurnya daun kurma.
Sahabat Perawi
- Salman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2037, hadis no. 10253. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سلمان رضي الله عنه مرفوعا: إذا رجف قلب المؤمن في سبيل الله، تحا تت عنه خطاياه كما يتحات عذق النخلة. [طب، طس، حل، ((الضعيفة)) (5145)]
(Palsu) Daripada Salman RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila jantung hati seorang Mukmin itu gementar di jalan Allah, maka segala dosa-dosanya yang lalu telah dihapuskan sebagaimana gugurnya daun kurma. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Mu'jam al-Awsat, Abu Nua’im dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5145]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman