Apabila jamuan telah dihidangkan, maka janganlah seseorang itu bangun sehinggalah dialihkan hidangan itu

TEKS BAHASA ARAB

إذا وضعت المائدة، فلا يقوم رجل حتى ترفع المائدة، ولا يرفع يده – وإن شبع – حتى يفرغ القوم، وليعذر؛ فإن الرجل يخجل جليسه، فيقبض يده، وعسى أن يكون له في الطعام حاجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila jamuan telah dihidangkan, maka janganlah seseorang itu bangun sehinggalah dialihkan hidangan itu dan janganlah dia mengangkat tangannya, walaupun dia sudah kenyang, sehinggalah orang ramai selesai serta hendaklah dia meminta diri. Kerana sesungguhnya seseorang itu, temannya merasa malu, lalu dia memegang tangannya dan barangkali dia masih berkeinginan terhadap makanan tersebut.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 383, hadis nombor 2025. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: «إذا وضعت المائدة، فلا يقوم رجل حتى ترفع المائدة، ولا يرفع يده – وإن شبع – حتى يفرغ القوم، وليعذر؛ فإن الرجل يخجل جليسه، فيقبض يده، وعسى أن يكون له في الطعام حاجة». [ هـ، «الضعيفة» (238)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Apabila jamuan telah dihidangkan, maka janganlah seseorang itu bangun sehinggalah dialihkan hidangan itu dan janganlah dia mengangkat tangannya, walaupun dia sudah kenyang, sehinggalah orang ramai selesai serta hendaklah dia meminta diri. Kerana sesungguhnya seseorang itu, temannya merasa malu, lalu dia memegang tangannya dan barangkali dia masih berkeinginan terhadap makanan tersebut". [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 238].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs