Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لما أخذ جعفر بن أبي طالب الراية جاءه الشيطان، فمنّاه الحياة الدنيا، وكرّه له الموت، فقال: الآن حين استحكم الإيمان في قلوب المؤمنين مُتَيني الدنيا؟! ثم مضى قُدُمَاً حتى استشهد، فصلى عليه رسول الله ﷺ، ودعا له، ثم قال رسول الله ﷺ: اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ جَعْفَرٍ، فَإِنَّهُ شَهِيدٌ، وَقَدْ دَخَلَ الْجًنَّةَ وَهُوَ يَطِيرُ فِيهَا بِجَنَاحَيْنِ مِن يَاقُوتٍ، حَيْثُ يَشَاءُ مِنَ الْجَنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Ja’far bin Abu Talib mengambil panji (perang), syaitan datang kepadanya. Lalu menggodanya dengan habuan dunia, supaya membenci kematian. Lalu dia berkata, “Sekarang apabila iman orang mukmin menjadi semakin kuat, engkau menggodaku dengan habuan dunia?” Kemudian berlalu saat itu sehingga dia mati syahid. Rasulullah SAW solat akan jenazahnya, dan berdoa untuknya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Mohon ampunlah kepada Allah buat saudaramu Ja’far. Sesungguhnya dia telah syahid. Dan dia dimasukkan ke dalam syurga, dalamnya dia terbang dengan dua sayap daripada permata, ke mana yang dia suka di dalam syurga
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1808, hadis no. 9117. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالله بن أبي بكر بن محمد بن عمرو بن حزم، قال: لما أخذ جعفر بن أبي طالب الراية جاءه الشيطان، فمنّاه الحياة الدنيا، وكرّه له الموت، فقال: الآن حين استحكم الإيمان في قلوب المؤمنين مُتَيني الدنيا؟! ثم مضى قُدُمَاً حتى استشهد، فصلى عليه رسول الله ﷺ، ودعا له، ثم قال رسول الله ﷺ: استغفروا لأخيكم جعفر، فإنه شهيد، وقد دخل الجنة وهو يطير فيها بجناحين من ياقوت، حيث يشاء من الجنّة. [ابن سعد، ((الضعيفة))(2326)]
(Palsu) Daripada Abdullah bin Abu Bakar bin Muhammad bin ‘Amru bin Hazim berkata: “Apabila Ja’far bin Abu Talib mengambil panji (perang), syaitan datang kepadanya. Lalu menggodanya dengan habuan dunia, supaya membenci kematian. Lalu dia berkata, “Sekarang apabila iman orang mukmin menjadi semakin kuat, engkau menggodaku dengan habuan dunia?” Kemudian berlalu saat itu sehingga dia mati syahid. Rasulullah SAW solat akan jenazahnya, dan berdoa untuknya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Mohon ampunlah kepada Allah buat saudaramu Ja’far. Sesungguhnya dia telah syahid. Dan dia dimasukkan ke dalam syurga, dalamnya dia terbang dengan dua sayap daripada permata, ke mana yang dia suka di dalam syurga.” [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Dhaifah no. 2326]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman