Apabila iqamah telah dilaungkan maka tiada lagi solat melainkan solat sunat Subuh

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاةُ فَلا صَلاةَ إِلا الْمَكْتُوبَةُ إِلا رَكْعَتَيِ الصُّبْحِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila iqamah telah dilaungkan maka tiada lagi solat melainkan solat fardhu kecuali dua rakaat solat solat sunat Subuh..

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 33, hadis nombor 72. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال البيهقي: هذه الزيادة لا أصل لها وفيه: حجاج بن نصير وعباد ابن كثير ضعيفان.

Al-Baihaqi berkata: Tambahan pada lafaz “melainkan dua rakaat solat sebelum solat Subuh tiada asalnya. Di dalam sanad ini terdapat dua orang perawi dhaif yang bernama Hajjaj bin Nusair dan Abbad bin Kathir.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.