Apabila iqamah dilaungkan untuk solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: "إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاةُ فَانْتَعِلُوا"


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Apabila iqamah dilaungkan untuk solat maka pakailah selipar”.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 23, hadis nombor 30. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن معاذ مرفوعا وفي إسناده: محمد بن الحجاج اللخمي وهو المتهم بوضعه

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Mu’az secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi) dan pada sanadnya terdapat Muhammad bin al-Hajjaj al-lakhmi dan beliau dituduh mencipta hadith.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon