Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila iqamah dilaungkan untuk solat

Teks Bahasa Arab

حديث: "إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاةُ فَانْتَعِلُوا"

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Apabila iqamah dilaungkan untuk solat maka pakailah selipar”.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 23, hadis no. 30. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن معاذ مرفوعا وفي إسناده: محمد بن الحجاج اللخمي وهو المتهم بوضعه

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Mu’az secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi) dan pada sanadnya terdapat Muhammad bin al-Hajjaj al-lakhmi dan beliau dituduh mencipta hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.