Munkar Dengan Konteks Ini Dan Dengan Selengkap Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هَلْ بَقِيَ مِنْ وَالِدَيْكَ أَحَدٌ؟ قَالَ: أُمِّي، قَالَ: فَأَبَلَّ اللَّهُ فِي بِرِّهَا، فَإِذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ فَأَنْتَ حَاجٌّ، وَمُعْتَمِرٌ، وَمُجَاهِدٌ، فَإِذَا رَضِيتْ عَنْكَ أُمُّكَ فَاتَّقِ اللَّهَ وَبِرَّهَا
Teks Bahasa Melayu
Adakah ibu bapa kamu masih hidup? Lelaki itu telah menjawab: ‘’Ibuku (masih hidup).’’ Baginda SAW bersabda: Maka taatilah Allah SWT dalam berbakti kepadanya. Sekiranya kamu melakukannya, maka kamu dianggap sebagai seorang (yang menunaikan) haji, umrah, dan mujahid (keluar berjihad). Apabila ibu kamu meredai kamu, maka bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan berbaktilah kepadanya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Konteks Ini Dan Dengan Selengkap Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 60, hadis no. 264. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا السياق والتمام) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: أتى رجل رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: إني أشتهي الجهاد ولا أقدر عليه. قال: ((هل بقي من والديك أحد؟ قال: أمي، قال: فأبل الله في برها، فإذا فعلت ذلك فأنت حاج، ومعتمر، ومجاهد، فإذا رضيت عنك أمك فاتق الله وبرها)). [ع، ((الضعيفة)) (3195)].
(Munkar Dengan Konteks Ini Dan Dengan Selengkap Ini) Daripada Anas RA beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: ‘’Sesungguhnya aku ingin berjihad namun aku tidak mampu melakukannya.’’ Baginda SAW telah bersabda: ((Adakah ibu bapa kamu masih hidup?)) Lelaki itu telah menjawab: ‘’Ibuku (masih hidup).’’ Baginda SAW telah bersabda: ((Maka taatilah Allah SWT dalam berbakti kepadanya. Sekiranya kamu melakukannya, maka kamu dianggap sebagai seorang (yang menunaikan) haji, umrah, dan mujahid (keluar berjihad). Apabila ibu kamu meredai kamu, maka bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan berbaktilah kepadanya.)) [Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3195].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman