Apabila hujan lalu atasnya dan dikeringkan dengan angin maka tidak mengapa solat padanya

TEKS BAHASA ARAB

إذا سالت عليه الأمطار، وجففته الرياح، فلا بأس بالصلاة فيه. يعني: الحيطأن تكون فيها العذرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila hujan lalu atasnya dan dikeringkan dengan angin maka tidak mengapa solat padanya. Yakni, pada dinding yang terdapat padanya kotoran.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 317, hadis nombor 1673. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Umar RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن نافع قال: سئل ابن عمر –رضي الله عنهما- عن الحيطان يكون فيها العذرة وأبوال الناس وروث الدواب؟ قال: ((إذا سالت عليه الأمطار، وجففته الرياح، فلا بأس بالصلاة فيه. يعني: الحيطأن تكون فيها العذرة)). [ طس، ((الضعيفة)) (5582) ].

(Lemah) Dari Nafi‘, dia berkata: Ibn ‘Umar RA ditanya tentang dinding yang terdapat padanya kotoran dan air kencing manusia dan tahi haiwan. Dia berkata: Apabila hujan lalu atasnya dan, dikeringkan dengan angin maka tidak mengapa solat padanya. Yakni, pada dinding yang terdapat padanya kotoran. [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5582].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs