Dusta
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا ذهب الإيمانُ من الأرضِ وُجِدَ ببَطْنِ الأُرْدُن.
Teks Bahasa Melayu
Apabila hilangnya iman daripada muka bumi, ianya masih didapati di tengah bumi Jordan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Dusta
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1820, hadis no. 9176. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(كذب) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إذا ذهب الإيمان من الأرض وجد ببطن الأردن)). [عد، ((الضعيفة)) (3246)]
(Dusta) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila hilangnya iman daripada muka bumi, ianya masih didapati di tengah bumi Jordan. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3246]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman