TEKS BAHASA ARAB
حديث: إذا غاب الهلال قبل الشفق: فهو لليلة وإذا غاب بعد الشفق فهو لليلتين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Apabila hilangnya anak bulan sebelum langit kemerahan selepas terbenam matahari maka ia dikira satu malam. Jika hilangnya anak bulan selepas langit kemerahan selepas terbenam matahari maka ia dikira dua malam.
STATUS
Tiada asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 87, hadis nombor 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان عن ابن عمر مرفوعا وقال: لا أصل له.
Ibn Hibban meriwayatkan daripada Ibn Umar secara marfu (disandarkan kepada Nabi) beliau berkata hadith ini tidak ada asalnya.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.