Apabila harta perang dimonopoli

TEKS BAHASA ARAB

إذا اتخذ الفيء دولا، والأمانة مغنما، والزكاة مغرما، وتعلم لغير الدين، وأطاع الرجل امرأته، وعق أمه، وأدنى صديقه، وأقصى أباه، وظهرت الأصوات في المساجد، وساد القبيلة فاسقهم، وكان زعيم القوم أرذلهم، وأكرم الرجل مخافة شره، وظهرت القينات والمعازف، وشربت الخمور، ولعن آخر هذه الأمة أولها، فليرتقبوا عند ذلك ريحا حمراء، وزلزلة وخسفا ومسخا وقذفا، وآيات تتابع، كنظام بال قطع سلكه فتتابع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila harta perang dimonopoli, amanah dijadikan habuan, zakat dijadikan sebagai denda, ilmu dipelajari bukan kerana agama, suami yang taat kepada isterinya tetapi menderhakai ibunya, dia rapat dengan kawannya tetapi menjauhi ayahnya, menzahirkan suara-suara dalam masjid-masjid, dan orang yang memimpin kabilah adalah orang fasiq dalam kalangan mereka, dan pemimpin bagi suatu kaum adalah orang yang paling jahat dalam kalangan mereka, dan seseorang itu dimuliakan kerana (orang ramai) takut akan kejahatannya, dan munculnya penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik, dan arak-arak diminum, dan orang terakhir umat ini melaknat orang yang awal. Oleh itu, ketika berlakunya demikian maka tunggulah angin merah, gempa bumi, ditelan bumi, pertukaran rupa, lemparan dan tanda yang berturut-turut seperti susunan perhiasan yang terputus talinya, lalu ia jatuh berturut-turut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1314, hadis nombor 6710. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إذا اتخذ الفيء دولا، والأمانة مغنما، والزكاة مغرما، وتعلم لغير الدين، وأطاع الرجل امرأته، وعق أمه، وأدنى صديقه، وأقصى أباه، وظهرت الأصوات في المساجد، وساد القبيلة فاسقهم، وكان زعيم القوم أرذلهم، وأكرم الرجل مخافة شره، وظهرت القينات والمعازف، وشربت الخمور، ولعن آخر هذه الأمة أولها، فليرتقبوا عند ذلك ريحا حمراء، وزلزلة وخسفا ومسخا وقذفا، وآيات تتابع، كنظام بال قطع سلكه فتتابع.
[ت، ((الضعيفة)) (١٧٢٧)].

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila harta perang dimonopoli, amanah dijadikan habuan, zakat dijadikan sebagai denda, ilmu dipelajari bukan kerana agama, suami yang taat kepada isterinya tetapi menderhakai ibunya, dia rapat dengan kawannya tetapi menjauhi ayahnya, menzahirkan suara-suara dalam masjid-masjid, dan orang yang memimpin kabilah adalah orang fasiq dalam kalangan mereka, dan pemimpin bagi suatu kaum adalah orang yang paling jahat dalam kalangan mereka, dan seseorang itu dimuliakan kerana (orang ramai) takut akan kejahatannya, dan munculnya penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik, dan arak-arak diminum, dan orang terakhir umat ini melaknat orang yang awal. Oleh itu, ketika berlakunya demikian maka tunggulah angin merah, gempa bumi, ditelan bumi, pertukaran rupa, lemparan dan tanda yang berturut-turut seperti susunan perhiasan yang terputus talinya, lalu ia jatuh berturut-turut.
[Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1727].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs