Apabila hari panas, Allah SWT mencampakkan pendengaran-Nya dan penglihatan-Nya kepada penduduk langit dan bumi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم حار؛ ألقى الله -تعالى- سمعه وبصره إلى أهل السماء وأهل الأرض، فإذا قال العبد: (لا إله إلا الله)، ما أشد حر هذا اليوم! اللهم! أجرني من حر جهنم؛ قال الله -عز وجل- لجهنم: إن عبدا من عبادي استجارني منك، وإني أشهدك أني قد أجرته. فإذا كان يوم شديد البرد، ألقى الله سمعه وبصره إلى أهل السماء و الأرض، فإذا قال العبد: (لا إله إلا الله) ما أشد برد هذا اليوم! اللهم! أجرني من زمهرير جهنم؛ قال الله -عز وجل- لجهنم: إن عبدا من عبادي استجارني من زمهريرك، وإني أشهدك أني قد أجرته، فقالوا: وما زمهرير جهنم؟ قال: بيت يلقى فيه الكافر، فيتميز من شدة بردها بعضه من بعض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila hari panas, Allah SWT mencampakkan pendengaran-Nya dan penglihatan-Nya kepada penduduk langit dan bumi. Lalu apabila seorang hamba berkata: Tiada Tuhan melainkan Allah, amat panas cuaca pada hari ini! Ya Allah! Selamatkanlah aku daripada panasnya Jahanam. Kata Allah kepada Jahanam: Sesungguhnya seorang hamba dalam kalangan hamba-Ku memohon keselamatan daripadamu, sesungguhnya Aku bersaksi kepadamu bahawa Aku telah menyelamatkannya. Apabila hari terlalu sejuk maka Allah meletakkan pendengaran-Nya dan penglihatan-Nya kepada penduduk langit dan bumi. Lalu apabila berkata seorang hamba: Tiada Tuhan melainkan Allah, amat sejuk cuaca pada hari ini! Ya Allah! Selamatkanlah aku daripada zamharir (kesejukan yang menusuk ke tulang) Jahanam. Kata Allah kepada Jahanam: Sesungguhnya seorang hamba dalam kalangan hamba-Ku memohon keselamatan daripada zamharirmu dan sesungguhnya Aku bersaksi kepadamu bahawa Aku telah menyelamatkannya. Mereka bertanya: Apakah itu zamharir Jahanam?. Baginda berkata: Sebuah rumah yang dicampakkan ke dalamnya orang kafir, maka mereka meledak sesama mereka disebabkan kesejukannya yang teramat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1546, hadis nombor 7850. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي سعيد الخدري أو عن أبي هريرة -رضي الله عنهما-، قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إذا كان يوم حار؛ ألقى الله -تعالى- سمعه وبصره إلى أهل السماء وأهل الأرض، فإذا قال العبد: (لا إله إلا الله)، ما أشد حر هذا اليوم! اللهم! أجرني من حر جهنم؛ قال الله -عز وجل- لجهنم: إن عبدا من عبادي استجارني منك، وإني أشهدك أني قد أجرته. فإذا كان يوم شديد البرد، ألقى الله سمعه وبصره إلى أهل السماء و الأرض، فإذا قال العبد: (لا إله إلا الله) ما أشد برد هذا اليوم! اللهم! أجرني من زمهرير جهنم؛ قال الله -عز وجل- لجهنم: إن عبدا من عبادي استجارني من زمهريرك، وإني أشهدك أني قد أجرته))، فقالوا: وما زمهرير جهنم؟ قال: ((بيت يلقى فيه الكافر، فيتميز من شدة بردها بعضه من بعض)). [ابن السني، البيهقي في ((الأسماء والصفات))، ((الضعيفة)) (6428)]

(Munkar)
Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA atau Abū Hurairah RA, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila hari panas, Allah SWT mencampakkan pendengaran-Nya dan penglihatan-Nya kepada penduduk langit dan bumi. Lalu apabila seorang hamba berkata: Tiada Tuhan melainkan Allah, amat panas cuaca pada hari ini! Ya Allah! Selamatkanlah aku daripada panasnya Jahanam. Kata Allah kepada Jahanam: Sesungguhnya seorang hamba dalam kalangan hamba-Ku memohon keselamatan daripadamu, sesungguhnya Aku bersaksi kepadamu bahawa Aku telah menyelamatkannya. Apabila hari terlalu sejuk maka Allah meletakkan pendengaran-Nya dan penglihatan-Nya kepada penduduk langit dan bumi. Lalu apabila berkata seorang hamba: Tiada Tuhan melainkan Allah, amat sejuk cuaca pada hari ini! Ya Allah! Selamatkanlah aku daripada zamharir (kesejukan yang menusuk ke tulang) Jahanam. Kata Allah kepada Jahanam: Sesungguhnya seorang hamba dalam kalangan hamba-Ku memohon keselamatan daripada zamharirmu dan sesungguhnya Aku bersaksi kepadamu bahawa Aku telah menyelamatkannya”. Mereka bertanya: “Apakah itu zamharir Jahanam?”. Baginda berkata: “Sebuah rumah yang dicampakkan ke dalamnya orang kafir, maka mereka meledak sesama mereka disebabkan kesejukannya yang teramat”.
[Riwayat Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, al-Baihaqī dalam al-Asmā’ wa al-Ṣifāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6428]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.