Apabila haiwan tunggangan kamu terlepas di tanah lapang yang luas

TEKS BAHASA ARAB

إذا انفلتت دابة أحدكم بأرض فلاة فليناد: يا عباد الله ‌احبسوا علي، يا عباد الله ‌احبسوا علي، فإن لله في الأرض حاضرا سيحبسه عليكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila haiwan tunggangan kamu terlepas di tanah lapang yang luas, maka hendaklah dia berkata: “Wahai hamba-hamba Allah, tahanlah untukku, wahai hamba-hamba Allah, tahanlah untukku" kerana sesungguhnya di bumi ini, Allah mempunyai (hamba yang) akan datang dan menahannya untuk kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 976, hadis nombor 5034. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا انفلتت دابة أحدكم بأرض فلاة فليناد: يا عباد الله ‌احبسوا علي، يا عباد الله ‌احبسوا علي، فإن لله في الأرض حاضرا سيحبسه عليكم)). [طب، ع، ابن السني، ((الضعيفة)) (655)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila haiwan tunggangan kamu terlepas di tanah lapang yang luas, maka hendaklah dia berkata: “Wahai hamba-hamba Allah, tahanlah untukku, wahai hamba-hamba Allah, tahanlah untukku" kerana sesungguhnya di bumi ini, Allah mempunyai (hamba yang) akan datang dan menahannya untuk kamu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Musnad Abi Ya’ala, dan Ibnu Sunni. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.655]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs