Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Apabila hadir para malaikat, cabut lari syaitan-syaitan

Teks Bahasa Arab

‌إِذَا ‌حَضَرَتِ ‌الْمَلائِكَةُ ‌هَرَبَتِ ‌الشَّيَاطِينُ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila para malaikat hadir, cabut lari syaitan-syaitan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 13, hadis no. 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث لكن في الحديث ما يدل على أن الشيطان لا يجتمع مع الملك. وهو ما صح عن أبي هريرة -رضي الله عنه- أن رجلا سب أبا بكر -رضي الله عنه- والنبي -صلى الله عليه وسلم- جالس لا يقول شيئا. فلما سكت ذهب أبو بكر يتكلم، فقام النبي -صلى الله عليه وسلم- واتبعه أبو بكر. فقال: "يا رسول الله! كان يسبني وأنت جالس، فلما ذهبت أتكلم، قمت؟" قال: "إن الملك كان يرد عنك، فلما تكلمت، ذهب الملك، ووقع الشيطان، فكرهت أن أجلس". وفي رواية: "فلما انصرف وقع الشيطان".

Ianya bukan hadith, namun terdapat hadith yang menunjukkan bahawa syaitan tidak akan berkumpul bersama para malaikat. Ianya sahih daripada Abi Hurairah -رضي الله عنه- bahawa seorang lelaki telah mencela Abu Bakr -رضي الله عنه- dan Nabi -صلى الله عليه وسلم- yang ketika itu sedang duduk, Baginda tidak berkata apa-apa. Apabila lelaki itu diam, mula Abu Bakr berkata-kata, lantas Nabi -صلى الله عليه وسلم- bangkit dan Abu Bakr pun mengikuti Baginda. Abu Bakr berkata: "Wahai Rasulullah! Dia tadi mencelaku, engkau duduk. Apabila aku mula berkata-kata, engkau bangun?". Baginda bersabda: "Sesungguhnya satu malaikat telah membalas bagi pihakmu, namun apabila kamu berbicara, malaikat itu pergi dan syaitan pun menetap. Maka, aku tidak suka untuk terus duduk". Dalam riwayat lain: "Apabila ia pergi, syaitan pun menetap".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.