Apabila engkau telah menunaikan zakat hartamu, maka telah pergi darimu keburukannya (yakni: keburukan harta tersebut)

TEKS BAHASA ARAB

إذا أديت زكاة مالك، فقد أذهبت عنك شره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila engkau telah menunaikan zakat hartamu, maka telah pergi darimu keburukannya (yakni: keburukan harta tersebut).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 870, hadis nombor 4452. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((إذا أديت زكاة مالك، فقد أذهبت عنك شره)). [ابن خزيمة، ك، خط، ((الضعيفة)) (2219)].

(Lemah)
Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Apabila engkau telah menunaikan zakat hartamu, maka telah pergi darimu keburukannya (yakni: keburukan harta tersebut).”
[Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2219].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs