Lemah
4 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أدَّيتَ زكاةَ مالِك فقد أذهبتَ عنك شرَّه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila engkau telah menunaikan zakat hartamu, maka telah pergi darimu keburukannya (yakni: keburukan harta tersebut).
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 870, hadis no. 4452. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((إذا أديت زكاة مالك، فقد أذهبت عنك شره)). [ابن خزيمة، ك، خط، ((الضعيفة)) (2219)].
(Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Apabila engkau telah menunaikan zakat hartamu, maka telah pergi darimu keburukannya (yakni: keburukan harta tersebut).” [Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2219].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman