Apabila engkau merasa ragu dalam solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

فإذا وجدت ذلك؛ فارفع إصبعك السبابة اليمنى، فاطعنه في فخذك اليسرى، وقل: {باسم الله}؛ فإنها سكين الشيطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila engkau merasa ragu (dalam solat), maka angkatlah jari telunjukmu yang kanan dan cucukkan di paha kirimu dan bacalah: ‘Bismillah’, kerana sesungguhnya ia merupakan pisau (untuk melukakan) syaitan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 545, hadis nombor 2856. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن أسامة – رضي الله عنه -: أن رجلا أتى النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: يا رسول الله! إني أشكو إليك وسوسة أجدها في صدري؛ إني أدخل في صلاتي، فما أدري على شفع أنفتل أم على وتر؟ فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((فإذا وجدت ذلك؛ فارفع إصبعك السبابة اليمنى، فاطعنه في فخذك اليسرى، وقل: {باسم الله}؛ فإنها سكين الشيطان)). [طب، عق، الدولابي، ((الضعيفة)) (6432)]

(Munkar)
Daripada Usamah RA berkata: Bahwa seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku ingin mengadu akan keraguan yang kutemukan dalam dadaku, ketika mana aku sedang menunaikan solat dan aku tidak mengetahui apakah aku di rakaat yang genap ataupun yang ganjil?". Maka Rasulullah SAW bersabda: “Apabila engkau merasa ragu, maka angkatlah jari telunjukmu yang kanan dan cucukkan di paha kirimu dan bacalah: ‘Bismillah’, kerana sesungguhnya ia merupakan pisau (untuk melukakan) syaitan."
[Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir, al-Uqayli dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, dan al-Dulaabi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6432]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.