Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Apabila engkau merasa ragu dalam solat

Teks Bahasa Arab

فإذا وجدتَ ذلِك؛ فارفع إصبعَك السَّبَّابةَ اليُمنَى فاطعنهُ في فخذِك اليُسرَى وقل (باسمِ اللَّه) فإنَّها سِكينُ الشَّيطانِ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila engkau merasa ragu (dalam solat), maka angkatlah jari telunjukmu yang kanan dan cucukkan di paha kirimu dan bacalah: ‘Bismillah’, kerana sesungguhnya ia merupakan pisau (untuk melukakan) syaitan.

Sahabat Perawi

  1. Usamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 545, hadis no. 2856.

(منکر) عن أسامة - رضي الله عنه -: أن رجلا أتى النبي - صلى الله عليه وسلم - فقال: يا رسول الله! إني أشكو إليك وسوسة أجدها في صدري؛ إني أدخل في صلاتي، فما أدري على شفع أنفتل أم على وتر؟ فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((فإذا وجدت ذلك؛ فارفع إصبعك السبابة اليمنى، فاطعنه في فخذك اليسرى، وقل: {باسم الله}؛ فإنها سكين الشيطان)). [طب، عق، الدولابي، ((الضعيفة)) (6432)]

(Munkar) Daripada Usamah RA berkata: Bahwa seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku ingin mengadu akan keraguan yang kutemukan dalam dadaku, ketika mana aku sedang menunaikan solat dan aku tidak mengetahui apakah aku di rakaat yang genap ataupun yang ganjil?". Maka Rasulullah SAW bersabda: “Apabila engkau merasa ragu, maka angkatlah jari telunjukmu yang kanan dan cucukkan di paha kirimu dan bacalah: ‘Bismillah’, kerana sesungguhnya ia merupakan pisau (untuk melukakan) syaitan." [Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir, al-Uqayli dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, dan al-Dulaabi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6432]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.