Apabila dua orang Muslim bertemu dan mereka saling berjabat tangan dan memuji Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

إذا التقى المسلمان، فتصافحا، وحمدا الله، واستغفرا؛ غفر لهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila dua orang Muslim bertemu dan mereka saling berjabat tangan dan memuji Allah SWT serta memohon ampun, maka Allah SWT akan mengampunkan kedua-duanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 31, hadis nombor 110. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن البراء – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا التقى المسلمان، فتصافحا، وحمدا الله، واستغفرا؛ غفر لهما )).
[تخ، د، ع، ابن السني، ((الضعيفة)) (2344)]

(Lemah) Daripada al-Barā’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila dua orang Muslim bertemu dan mereka saling berjabat tangan dan memuji Allah SWT serta memohon ampun, maka Allah SWT akan mengampunkan kedua-duanya.
[Riwayat al-Bukhārī dalam Tārikh al-Kabīr, Abū Dāwud dalam Sunannya, Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, Ibn al-Sunnī dalam al-Yawm wa al-Laylah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2344]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs