Apabila dizahirkan ucapan, dan disembunyikan amalan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا ظهر القول، وخزن العمل، وائتلفت الألسنة، وتباغضت القلوب، وقطع كل ذي رحم رحمه، فعند ذلك لعنهم الله، وأصمهم، وأعمى أبصارهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila dizahirkan ucapan, dan disembunyikan amalan, disepakati oleh lidah, dan hati-hati saling berselisih, dan setiap orang memutuskan silaturahimnya, maka pada ketika itu Allah SWT melaknat mereka, memekakkan mereka, serta membutakan penglihatan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 106, hadis nombor 548. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سلمان -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: إذا ظهرَ القولُ، وخُزِنَ العملُ، وائتَلَفَت الألسنةُ، وتباغضت القلوب، وقطع كل ذي رحم رحمه، فعند ذلك لعنهم الله وأصمهم، وأعمى أبصارهم.
[((الضعيفة)) (5559)]

(Lemah)
Daripada Salmān RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila dizahirkan ucapan, dan disembunyikan amalan, disepakati oleh lidah, dan hati-hati saling berselisih, dan setiap orang memutuskan silaturahimnya, maka pada ketika itu Allah SWT melaknat mereka, memekakkan mereka, serta membutakan penglihatan mereka.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Kharā’iṭī dalam al-Musāwi’ al-Akhlāq, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5559]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.