Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila diturunkan wahyu kepada Rasulullah SAW, Baginda dibiarkan sedemikian untuk seketika seperti dalam keadaan mabuk

Teks Bahasa Arab

كان إذا أُوحِيَ إلى رسولِ اللهِ - صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم -؛ وُقِذَ لذلك ساعةً كهيئةِ السَّكْرانِ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila diturunkan wahyu kepada Rasulullah SAW, Baginda dibiarkan sedemikian untuk seketika seperti dalam keadaan mabuk.

Sahabat Perawi

  1. Ikrimah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1478, hadis no. 7537. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عكرمة، قال: كان إذا أوحي إلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم -؛ وقذ لذلك ساعة كهيئة السكران. [ابن سعد، ((الضعيفة)) (4176)]

(Sangat Lemah) Daripada 'Ikrimah, katanya: Apabila diturunkan wahyu kepada Rasulullah SAW, Baginda dibiarkan sedemikian untuk seketika seperti dalam keadaan mabuk. [Riwayat Ibn Sa'd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4176]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.