Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Apabila diturunkan wahyu, kedengaran seperti dengungan lebah di sisi baginda SAW

Teks Bahasa Arab

كانَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ إذا نزلَ عليْهِ الوحيُ يُسمَعُ عندَهُ دَويٌّ كدويِّ النَّحلِ ، فمَكثْنا ساعةً فاستقبلَ القِبلةَ ورفعَ يديْهِ وقالَ : ((اللَّهُمَّ زِدنا ولا تنقُصنا وأَكرِمنا ولا تُهنَّا، (وأعطنا)، ولا تُحرمنا وآثِرْنا ولا تُؤثِرْ علَينا وأرضِنا وارضَ عنَّا . ثمَّ قالَ لقد أُنزلت عليَّ عشرُ آياتٍ من أقامَهنَّ دخلَ الجنَّةَ ثمَّ قرأَ [ قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ....])) الأيات .

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW apabila diturunkan wahyu kepada Baginda, kedengaran di sisi Baginda dengungan seperti dengungan lebah, lalu kami pun diam sejenak. Baginda berpaling ke arah kiblat seraya mengangkat kedua tangan Baginda, lalu berdoa: Ya Allah! Tambahkanlah kepada kami dan jangan Engkau kurangkan kepada kami, muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami, berikanlah kepada kami dan janganlah Engkau melarang kami, utamakanlah kami dan janganlah Engkau pinggirkan kami, jadikanlah kami reda dan redalah terhadap kami. Kemudian, Baginda bersabda: Telah turun kepadaku 10 ayat, sesiapa yang melaksanakannya pasti masuk syurga, lalu Baginda pun membacakan beberapa ayat surah al-Mukminun.

Sahabat Perawi

  1. Umar bin al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1418, hadis no. 7199. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه، قال: كان رسول الله ﷺ إذا نزل عليه الوحي يسمع عنده دوي كدوي النحل، فمكثنا ساعة، فاستقبل القبلة، ورفع يديه، وقال: اللهم زدنا ولا تنقصنا، وأكرمنا ولا تهنا، (وأعطنا)، ولا تحرمنا، وآثرنا ولا تؤثر علينا، وأرضنا وارض عنا. ثم قال لقد أنزلت علي عشر آيات من أقامهن دخل الجنة، ثم قرأ: {قد أفلح المؤمنون الذين هم في صلاتهم خاشعون…} الأيات. [ن في الكبرى، ت، حم، ك، عق، ((الضعيفة)) (1242)]

(Munkar) Daripada 'Umar bin al-Khattab RA, katanya: Rasulullah SAW apabila diturunkan wahyu kepada Baginda, kedengaran di sisi Baginda dengungan seperti dengungan lebah, lalu kami pun diam sejenak. Baginda berpaling ke arah kiblat seraya mengangkat kedua tangan Baginda, lalu berdoa: Ya Allah! Tambahkanlah kepada kami dan jangan Engkau kurangkan kepada kami, muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami, berikanlah kepada kami dan janganlah Engkau melarang kami, utamakanlah kami dan janganlah Engkau pinggirkan kami, jadikanlah kami reda dan redalah terhadap kami. Kemudian, Baginda bersabda: Telah turun kepadaku 10 ayat, sesiapa yang melaksanakannya pasti masuk syurga, lalu Baginda pun membacakan beberapa ayat surah al-Mukminun. [Riwayat al-Nasa'ei dalam al-Kubra, al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ahmad dalam al-Musnad, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-'Uqaili dalam al-Du'afa' al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1242]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.