Apabila disebutkan al-Khalil iaitu Nabi Ibrahim, lalu nama aku disebut juga maka berselawatlah ke atas Baginda kemudian berselawatlah ke atasku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا ذكر الخليل وذكرت فصلوا عليه ثم صلوا علي وإذا ذكر الأنبياء فصلوا علي ثم عليهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila disebutkan al-Khalil iaitu Nabi Ibrahim, lalu nama aku disebut juga, maka berselawatlah ke atas Baginda kemudian berselawatlah ke atasku. Jika disebutkan nabi-nabi yang lain , maka berselawatlah ke atasku kemudian berselawatlah ke atas mereka.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 329, hadis nombor 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أدري كيف إسناده ولا من رواه.

Aku tidak mengetahui bagaimana sanadnya dan juga tidak tahu siapa yang meriwayatkannya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs