Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "إِذَا ذُكِرَ الْخَلِيلُ، وَذُكِرْتُ فَصَلُّوا عَلَيْهِ، ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ، وَإِذَا ذُكِرَ الأَنْبِيَاءُ فَصَلُّوا عَلَيَّ، ثُمَّ عَلَيْهِمْ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Apabila disebutkan al-Khalil iaitu Nabi Ibrahim, lalu nama aku disebut juga, maka berselawatlah ke atas Baginda kemudian berselawatlah ke atasku. Jika disebutkan nabi-nabi yang lain , maka berselawatlah ke atasku kemudian berselawatlah ke atas mereka.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 329, hadis no. 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا أدري كيف إسناده ولا من رواه.
Aku tidak mengetahui bagaimana sanadnya dan juga tidak tahu siapa yang meriwayatkannya.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman