TEKS BAHASA ARAB
حديث: إذا روي عنّي حديث فأعرضوه على كتاب اللّه فإذا وافقه فاقبلوه، وإن خالفه فردّوه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Apabila diriwayatkan satu hadith daripadaku, maka bentangkan(bandingkan) dengan kitab Allah SWT. apabila ia menepati al-Quran maka terimalah, apabila bercanggah maka tinggalkannya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 291, hadis nombor 70. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الخطابي: وضعته الزنادقة ويدفعه حديث: أوتيت الكتاب ومثله معه.
Al-Khattabi meriwayatkan: Kaum zindiq mereka hadith ini, dan ia boleh ditolak dengan hadith: Sesungguhnya aku diberikan al-Quran dan sesuatu yang sepertinya al-Hadith.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.