Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila diriwayatkan satu hadith daripadaku

Teks Bahasa Arab

حديث: إِذَا رُوِيَ عَنِّي حَدِيثٌ فَأَعْرِضُوهُ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ، فَإِذَا وَافَقَهُ فَاقْبَلُوهُ، وَإِنْ خَالَفَهُ فَرُدُّوهُ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Apabila diriwayatkan satu hadith daripadaku, maka bentangkan(bandingkan) dengan kitab Allah SWT. apabila ia menepati al-Quran maka terimalah, apabila bercanggah maka tinggalkannya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 291, hadis no. 70. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الخطابي: وضعته الزنادقة ويدفعه حديث: أوتيت الكتاب ومثله معه.

Al-Khattabi meriwayatkan: Kaum zindiq mereka hadith ini, dan ia boleh ditolak dengan hadith: Sesungguhnya aku diberikan al-Quran dan sesuatu yang sepertinya al-Hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.