Apabila dihadirkan kepada kamu (mayat) maka ucapkanlah: Akuilah kesucian Tuhanmu

TEKS BAHASA ARAB

إذا حضرت؛ فقل: {سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila dihadirkan kepada kamu (mayat) maka ucapkanlah: {Akuilah kesucian Tuhanmu, -Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan,- dari apa yang mereka katakan! Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam} [Surah al-Ṣaffāt ayat 180-182].

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1546, hadis nombor 7848. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا حضرت؛ فقل: {سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين})). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (6462)]

(Munkar)
Daripada Ummu Salamah RA isteri Nabi SAW, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila dihadirkan kepada kamu (mayat) maka ucapkanlah: {Akuilah kesucian Tuhanmu, -Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan,- dari apa yang mereka katakan! Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam} [Surah al-Ṣaffāt ayat 180-182].
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6462]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs